Friday 18 August 2017




Disinilah kawasan pemprosesan kami ... 






 



jenis

kuantiti

harga

karipap ayam

10biji

Rm3.00

Karipap daging

8biji

Rm3.00

Karipap pusing

10biji

Rm3.00

Karipap mini

10

Rm2.00

 



karipap

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa. Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi lainnya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim. Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan ataupun swasta. Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Antara jenis karipap yang menjadi kesukaan semua ialah KARIPAP DAGING .karipap daging merupakan karipap berinti daging lembu dengan kentang . karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di malaysia . pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang .inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging .selain itu KARIPAP AYAM merupakan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang .intinya pula mengunakan dagin ayam bersama ubi kentang .dan mengunakan serbuk kari yang bersesuaian dengan daging ayam .KARIPAP SARDIN adalah karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di malaysia . bagi membolehkan jenis ini dicam atau dikenal pasti kebanyakan karipap sadin dibuat berbentuk jenis panjang atau bulat yang berlainan dengan karipap biasa .lain pula dengan KARIPAP PUSING yang berinti merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu . 



Thursday 17 August 2017


contoh contoh karipap yang kami sediakan



                                       karipap pusing (inti kari daging)



                                                Karipap Sayur


                                  Karipap biasa (inti kari kentang ayam)


                                          
                                              Karipap sadin



                                        Karipap Mini(Sejuk Beku)
  • 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih  ( dikisar )
  • segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
  • Minyak masak untuk menumis
Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap
-
  • 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam
    • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
    • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
    • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
    • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
    • sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli

    • Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup
      Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balik-balikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

KARIPAP HOUSE ENTERPRISE ialah perniagaan yang akan menjalankan pembuat dan pengedar produk berasaskam karipap.Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategic di kawasan perumahan iaitu di Taman Palma Indah Kuching Sarawak.

Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan karipap kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2016 lagi.Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhimatan menghantar ke kedai-kedai makan ,
Karipap House Enterprise juga menghasilkan pebagai jenis karipap seperti karipap pusing ,karipap perbagai jenis inti seperti ,ayam,daging,sadin dan pebagai jenis.kami mengamalkan kebersihan semasa berkerja .
Karipap House Enterprise memandang jauh potensi bigang perniaggan. usaha ini dalam menghasilkan karipap yang berkualiti ,selamat dimakan dan mampu memenuhi permintaan domestik. Dalam perancangan jangka panjang pihak perusahaan merancang untuk meluaskan lagi perniaggan karipap ke dearah dearah lain ..